Baru-baru ini kecoh mengenai gosip antara penyanyi Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin. Masih tiada penafian dari kedua mereka dan boleh dikatakan hubungan mereka nampak semakin positif. Ini kerana Adira dan juga Shahrul sama-sama tidak menolak andainya ada jodoh antara mereka. Keduanya juga berkata, mereka kini saling mengenali hati budi masing-masing.

shahrul nasrun dan adira

“Saya tidak menolak jika ditakdirkan antara kami memang ada jodoh. Jadi, doakanlah yang baik-baik. Jika hubungan ini melangkah ke peringkat seterusnya, saya bersyukur. Kami dalam proses mengenali antara satu sama lain. Buat masa ini, Adira saja kawan perempuan yang dekat dengan saya. Malah, Adira juga mengenali keluarga saya dan rapat dengan mereka. Sebelum ini, dia berkawan baik dengan adik saya,” kata Shahrul Nasrun dipetik dari BH Online.

Shahrul, 27, bagaimanapun menafikan khabar angin mengatakan mereka sudah bertunang berkata, dia tidak akan menolak jika perhubungan itu membawa kedua-duanya ke jenjang pelamin.

Ditanya mengenai reaksi orang tua, Shahrul memberitahu, keluarganya menerima kehadiran penyanyi berkulit cerah itu dengan positif, apatah lagi Adira pernah berjumpa dengan mereka sebelum ini.

“Nyanyian juga ialah satu pekerjaan. Dan, tidak salah sekiranya saya sebagai orang biasa berkawan rapat dengan selebriti. Pemikiran (negatif) yang kita lihat sekarang perlu ditangkis, di mana selebriti tidak boleh berkawan dengan orang seperti saya. Kita juga tidak harus mempunyai anggapan semua selebriti bermasalah. Selama saya mengenali Adira, saya dapati dia seorang yang tidak suka keluar malam dan tidak gemar bersosial. Dia memang berbeza daripada yang lain. Semua itu kita dapat nilai dan lihat apabila kita berkawan rapat dengannya. Kita tidak boleh melihat dari luaran ataupun mendengar mulut orang saja,” kata Shahrul.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.