Penjelasan Sharnaaz Ahmad Mengenai Gosip Cinta Dengan Elfaeza Ul Haq | Semalam ammboi ada siarkan mengenai gosip cinta antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan seorang pelakon kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq. Adakah mereka benar-benar bercinta? Kalau betul apa salahnya kerana Sharnaaz dan Shila Amzah pun sudah tiada apa-apa hubungan lagi kan?

Bagaimanapun Elfaeza dalam kenyataan kepada sebuah portal hiburan, dia akui tiada hubungan istimewa dengan Sharnaaz Ahmad. Begitu juga dengan Sharnaaz yang tampil menjelaskan dalam portal berita Malaysia Digests, bahawa gosip cinta antara dia dengan Elfaeza adalah tidak benar sama sekali.

sharnaaz ahmad

“Oh, saya shooting dengan dia untuk drama Mukhliz yang akan ditayangkan di TV1 tak lama lagi. Saya memang tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Rasanya semua orang kenal saya. Saya ni jenis, kalau ada saya cakap ada. Kalau tak ada, saya cakap tak ada. Dan jawapan saya… tak!”, tuturnya dipetik dalam laporan berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.