Penjelasan Shila Amzah Mengenai Lamaran Sharnaaz Ahmad | Nampaknya Shila Amzah sudah serik untuk terlalu rapat dengan media ataupun laman sosial. Tambahan pula selepas kontroversi yang tercetus gara-gara usikannya pada Sharnaaz Ahmad di Anugerah Planet Muzik 2012. Kemudian entri di Twitter Shila (yang telah pun dipadamkan) mengumumkan dia telah menerima lamaran Sharnaaz, yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Jadi, dibawah ammboi kongsikan penjelasan Shila Amzah berhubung tindakannya itu dan mengenai lamaran dari kekasihnya, Sharnaaz yang dipetik dari laman gua.com.my.

Shila-Amzah-bersama-Sharnaaz

“Saya kini berada dalam keadaan positif. Selepas apa yang berlaku, saya mendapat banyak hikmah, banyak khabar gembira yang saya tidak boleh ceritakan lagi. Apa yang berlaku itu merupakan satu proses pembelajaran buat saya. Saya seorang yang ‘very open’ dan rapat dengan peminat di Twitter. Apa yang terlintas di hati, saya akan kongsikan dengan mereka. Sehinggakan saya kadang-kadang terlupa saya seorang ‘public figure’. Sekarang saya perlu hadkan apa yang hendak dikongsi. Ada sesetengah perkara yang perlu disimpan ‘private’. Bila masanya sesuai, saya akan kongsikan. Belajar dari kesilapan. Itu nasihat ayah. Jangan diulangi kesilapan itu. ‘It will only be a mistake if we repeat it’.”

Tambahnya lagi, walaupun dia sekarang ini kurang sihat atas faktor kerja tetapi dari segi kehidupan, “Alhamdullilah, semuanya sangat ‘wonderful’. Tak perlulah saya beritahu lebih lanjut. Biar saya simpan buat diri saya. Cukup yang anda tahu saya gembira.”

Apabila ditanya mengenai lamaran Sharnaaz?

“Bukan andai kata sebab dah terlepas beritahu pun. Benda itu sesuatu yang manis bagi saya. Kita tengok sajalah ‘in the future’. Nanti hilang ‘surprise’-nya,” ujar Shila sambil tersenyum.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.