Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan penyanyi Stacy sudah peluk agama Islam. Bagaimanapun ia hanya khabar angin sahaja. Menerusi satu sumber berita, Stacy dilaporkan berminat untuk memeluk agama Islam cuma dia masih belum bersedia.

Memetik laporan mStar Online, Stacy mengakui semakin memahami ajaran agama Islam selepas banyak mendapat bimbingan daripada kekasihnya, Akim Ahmad. Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 23, berkata, Akim banyak menjelaskan tentang agama itu setiap kali mereka berjumpa dan dia juga banyak bertanya tentang perkara yang tidak difahaminya.

stacy peluk islam

Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu. Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu. Dalam pada itu, Stacy berkata, pergaulannya dengan rakan-rakan beragama Islam turut mendedahkannya dengan pelbagai perkara yang tidak diketahui sebelum ini.

“Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas. Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini dengan lebih mendalam,” jelasnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.