Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof mengakui tiada niat merahsiakan majlis merisik calon isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung Ahad lalu. Melalui kemaskini status Facebook terbaru malam tadi, Syamsul berkata pernikahannya nanti bakal diwar-warkan.

“Saya tiada niat rahsiakan majlis merisik. Risik saja jadi saya pilih untuk tidak kecoh-kecoh. Waktu nikah nanti saya war-warkan ya. Itu yang utama,” tulisnya.

syamsul yusof dan puteri sarah

Isnin lalu tersebar gambar ibu bapa Syamsul bersama Puteri Sarah di dalam sebuah majlis yang di atas pelamin. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam dan ibunya, Datin Patimah Ismail, pasangan ini bakal bernikah bulan depan. Majlis merisik dilakukan di rumah keluarga Puteri Sarah yang terletak di Sri Damansara. Kedua-dua pihak keluarga juga sudah mendapat kata putus bahawa majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah akan diadakan menjelang Februari nanti.

majlis merisik syamsul yusof dan puteri sarah

Sebelum ini Syamsul pernah bertegas, dakwaan dia bercinta dengan Puteri Sarah hanyalah gosip semata-mata malah bermati-matian meyakinkan para peminat bahawa mereka hanya sekadar berkawan. Hubungan Syamsul dengan Puteri Sarah hangat diperkatakan media dan peminat sejak sekitar penghujung tahun 2012 lagi. Ketika itu, Puteri Sarah baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasihnya Ammar Alfian Aziz, yang juga seorang pelakon.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.