Kecoh minggu lalu apabila sebuah akhbar mingguan mengeluarkan artikel tentang dua ahli kumpulan Jambu iaitu Yus dan Tauke yang dikatakan bergaduh dan bermasam muka ketika gelanggang akhir program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013.

Bagaimanapun menerusi laporan sebuah portal berita, Tauke menafikan mereka berdua bergaduh dan bermasam muka sehingga menjejaskan persembahan mereka pada malam itu.

yus dan tauke jambu

“Saya dan Yus tiada masalah ketika gelanggang akhir Maharaja Lawak Mega 2013. Apa yang akhbar tersebut siarkan tidak benar sama sekali. Muka kami mungkin nampak muka serius pada ketika itu kerana tekanan untuk menghadapi gelanggang akhir MLM. Tak perlu lagakan kami sebab hubungan kami berdua baik-baik sahaja. Anda diluar sana perlu tahu bagaimana perasaan dan tekanan yang setiap pelawak hadapi ketika apabila berada dalam program besar seperti MLM 2013.

“Macam-macam benda bermain dalam fikiran kami terutama berhadapan dengan ramai penonton dan peminat pada malam itu. Saya akui mungkin masalah-masalah peribadi juga antara punca utama beri tekanan hebat buat kami. Tapi tidak bermaksud masalah peribadi menganggu persahabatan dan persembahan kami. Saya dan Pak Yus bekawan seperti biasa malah selepas program MLM 2013 kadang kal kami masih lepak bersama berjumpa kami sibuk dengan kerja masing-masing,” ujar Tauke.

Dalam pada itu, Tauke sempat berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sibuk dalam pembikinan filem terbaru bersama MIG berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ yang akan menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

p/s: Ok lah kalau tak ada masalah. Semoga murah rezeki dan kumpulan Jambu terus berjaya dalam dunia lawak…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.