Wan Nor Azlin antara dramatis yang pernah dilanda kontroversi paling memeritkan. Namun semua itu sudahpun berlalu, dan beliau sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Wan Nor Azlin kembali berlakon setelah tenggelam seketika dek kontroversi tersebut. Namun sejak kebelakangan ini, namanya kembali mendapat perhatian apabila dilabelkan anak derhaka kerana menyaman ayah kandungnya sendiri dan meminta bapanya, Wan Mohd Husain, 76, dipenjarakan.

wan nor azlin

Tindakannya itu mengejutkan banyak pihak. Sudah tentu ramai akan menyalahkannya serta menuduhnya dengan pelbagai kata-kata kesat. Oleh itu, Wan Nor Azlin tampil memberikan penjelasan berkenaan isu tersebut bagi mengelakkan namanya terus tercemar dan diaibkan.

Baca penjelasan Wan Nor Azlin yang dipetik dari Sinar Harian dibawah:

Jelasnya Wan Nor Azlin, bapanya terlebih dahulu menyamannya dan sikap ayahnya itu mula berubah selepas berkahwin baru sehingga adik beradiknya yang lain turut terkejut dengan perubahan ayahnya itu.

“Ayah saya yang terlebih dahulu memfailkan saman terhadap saya kerana enggan keluar dari rumah tersebut. Padahal belum pun setahun dia tinggal di situ, saya sudah mengeluarkan belanja sebanyak RM64,000 untuk memperbaiki kerosakan dan menambah baik peralatan di rumah tersebut. Malah, dia juga ada ajak saya tinggal bersama lima tahun lalu selepas kematian ibu, sementelah lagi saya pula berhadapan masalah rumah tangga. Namun, tanpa sebarang alasan kukuh ayah menyuruh saya keluar dari rumah sehingga sanggup memotong bekalan air dan elektrik. Bayangkan selama lapan bulan hidup saya ibarat dalam buangan akibat perbuatan bapa sendiri,” katanya yang ditemui selepas kes itu dibatalkan mahkamah.

“Saya terkilan dan sedih dengan perbuatan ayah dan mohon dia jangan menganiaya saya kerana saya darah dagingnya sendiri. Lagipun rumah tersebut sudah dijual dan saya cuma mahu hak saya kembali. Saya berharap ayah dapat pulangkan balik wang saya kerana mahu mulakan hidup baru bersama anak-anak. Orang luar tidak tahu bahawasanya ayah saya yang memulakannya namun, mereka terus menuding jari bahawa sayalah punca segala-galanya,” ujarnya.

Wan Nor Azlin nafi pukul bapa?

Ditebak mengenai tindakannya yang mengasari bapa akibat pergaduhan itu sehingga disaksikan jiran, Azlin menegaskan dia tidak tergamak untuk berbuat sedemikian. Azlin juga berkata, dia berharap masyarakat dapat memberi ruang kepada mereka berdua dan tidak membuat sebarang penilaian berdasarkan khabar angin atau laporan pihak luar. Pada mulanya saya mahu mendiamkan diri namun ayah mengumumkan perkara ini kepada media.

“Kami hanya bertikam lidah tetapi tidaklah sampai pukul memukul. Apatah lagi ayah saya sudah uzur, takkan saya sanggup memukul bapa sendiri sematamata mahu menuntut wang. Apa pun yang berlaku dia tetap ayah saya dan tidak tergamak untuk saya mengasarinya. Hari ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mencederakan ayah atau mahu dia dipenjarakan seperti yang diuar-uarkan masyarakat! Malah, saya tidak akan berdendam dengannya sekalipun hati ini terguris dengan perbuatannya,” katanya.

Azlin mengakui sejak perseteruan dengan ayahnya diperkatakan, periuk nasinya mula terjejas apabila tawaran lakonan semakin kurang dan ada kalanya tiada langsung.

“Saya akui perkara ini menyebabkan periuk nasi saya terjejas. Buat masa ini saya hanya bergantung kepada tawaran berlakon. Apatah lagi saya baru sahaja bercerai Mac lalu dan kini bergelar ibu tunggal,” jelasnya. Ujar ibu kepada tiga anak ini, dia kini membesarkan anak-anaknya sendirian dan mahu memulakan hidup baru dengan wang yang dituntut daripada ayahnya itu.

p/s: Sebelum itu ok, lepas nikah bini baru terus bermasalah…? Diharapkan masalah Wan Nor Azlin dan bapanya dapat juga diselesaikan dengan cara baik.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.