Wow, nampaknya pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak , 30, bakal mendapat kontrak yang cukup lumayan dari Astro. Menurut sumber info, ada khabar angin yang menyampaikan bahawa Zizan bakal mengikat kontrak pengurusan bernilai RM2 juta bersama Astro untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun menerusi sebuah portal berita, Zizan masih belum dapat mengesahkan mengenai perkara itu kerana dia sendiri masih belum menerima tawaran yang dimaksudkan. Bagaimanapun kata Zizan, dia juga pernah mendengar desas desus berkenaan namun tidak dapat mengulas lanjut memandangkan tiada perbincangan atau kontrak antara pihaknya dengan penyiar berbayar itu seperti yang didakwa.

zizan razak jutawan astro

“Setakat ini tak ada apa-apa rundingan lagi. Saya tak jumpa lagi (mereka) jadi tak berani nak cakap. Apa yang saya boleh cakap, nak kata dilamar itu tak ada lagi tapi memang saya ada dengar-dengar juga. Saya masih lagi menunggu dan tak dengar apa-apa daripada pihak Astro sendiri. Saya masih tunggu,” katanya dipetik laporan tersebut.

Khabar terbaru itu timbul baru-baru ini berikutan status Zizan yang kini difahamkan menguruskan kerjayanya sendiri sejak konflik dalaman yang tercetus dengan pengurusan lamanya dan dia kini bergerak sendiri tanpa pengurus peribadinya, Marina Juki. Difahamkan, Zizan bakal dilamar unit pengurusan stesen penyiar itu dengan nilai kontrak berkenaan dalam masa terdekat.

p/s: Tahniahlah kepada Zizan. Kontrak bernilai RM2 juta tu. Rezeki jangan ditolak….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.