Banyak betul kisah mengenai Zizan Razak dan Emma Maembong sejak kebelakangan ini. Betul lah orang kata, kalau banyak berahsia sangat pun susah. Pihak media ni akan korek juga cerita mereka sehabis mungkin.

Kalau sebelum ini, Zizan dan Emma pernah menafikan hubungan cinta antara mereka. Selepas itu, mereka pula didakwa bercumbuan mesra dalam kapal terbang. Kemudian, Zizan dan Emma dihangatkan pula dengan isu bersekedudukan.

gambar selebriti sekitar karpet merah anugerah meletop era 2013 1

Terbaru, Zizan Razak dan Emma Maembong dikaitkan pula dengan kisah mahu segera bernikah kerana sudah tidak tahan dengan kontroversi dan gosip negatif yang melanda mereka selama hari ini.

Oleh itu menerusi laporan mStar Online,  Zizan tidak menafikan akan menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya pelakon Emma Maembong, 20, dalam masa terdekat. Tapi maksud terdekat bukannya dalam masa beberapa bulan atau hari.

Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia memberi tempoh selama setahun untuk melihat perjalanan kerjaya masing-masing sebelum membuat keputusan mendirikan rumah tangga.

“Saya masih berfikir jauh untuk berkahwin, takut kalau cakap tidak jadi pula, kalau ada rezeki Insya-Allah saya akan beritahu. Buat masa ini saya ingin lihat perjalanan kerjaya kami selama setahun ini terlebih dahulu, lagi pula kedua-dua pihak belum lagi menetapkan sebarang tarikh untuk adakan apa-apa majlis sepanjang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Zizan yang baru sahaja terkait dengan gosip kononnya bersekedudukan dengan wanita itu menganggap ia sebagai cabaran sebagai seorang selebriti. Dia juga reda dan bersedia menjawab perkara tersebut dengan tenang.

“Saya reda sahaja jika itu cara mereka untuk cari rezeki dan saya hanya jawab dengan tenang. Saya juga tidak mahu tuduh sesiapa yang buat fitnah itu, namun saya bimbang apa yang saya cakap akan menimbulkan provokasi atau disalah tafsir,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.