Kecoh juga beberapa hari lepas dengan berita seorang gadis nyaris dirogol penyamun dan mukanya ditoreh dengan pisau dalam kejadian yang berlaku di Pasir Puteh, Kelantan. Penyamun lakhnat yang memang kejam.

Penyamun toreh muka, tunang janji terus setia bersama Nur Syafiqa Lah – Ramai yang kasihan dengan nasib gadis berkenaan. Maklumlah, gadis tersebut iaitu Nur Syafiqa Lah, 22, sudah bertunang. Dah berlaku kejadian sebegitu dan berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Memetik sumber berita hari ini, tunang kepada Nur Syafiqa iaitu Mohd. Azijja Zafran Zahrani berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu. Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.

‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PENYAMUN TOREH MUKA, TUNANG JANJI TERUS SETIA BERSAMA NUR SYAFIQA

Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini. Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.

Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

“Selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital. Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya.

p/s: Banyakkan bersabar dan semoga penyamun berkenaan segera diberkas. Kalau boleh sudah tentu ramai yang nak toreh muka penyamun tu balik sebagai balasan. Apapun kita serahkannya kepada undang-undang…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.