Seorang penyanyi iaitu Marinatasha berasa terhina diaibkan di hadapan kira-kira 100 tetamu selepas diarahkan turun daripada pentas ketika mahu mengadakan persembahan pada majlis makan malam sebuah syarikat hartanah gara-gara dia berhijab. Marinatasha atau nama sebenarnya Marinatasha Isnariah Mustaphar, 33, berkata, tindakan tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain ia berbaur rasis dan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon dan terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan turun apabila diminta berbuat demikian. Bayangkan perasaan saya diperlakukan begitu hanya kerana pihak penganjur tidak suka penyanyi bertudung membuat persembahan pada acara itu,” katanya dipetik mStar Online.

marinatasha buat laporan polis

Marinatasha yang berpengalaman 12 tahun sebagai penyanyi profesional turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Balai Polis Kepong di sini pada 19 Januari lalu iaitu sehari selepas kejadian. Tambahnya, semasa mengadakan latihan bersama kumpulan pemuzik iaitu Rufus di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil syarikat tersebut turut hadir dan isu dia bertudung tidak ditimbulkan.

“Jika benar mereka tidak menyukai saya bertudung mengapa tidak bangkitkan isu berkenaan semasa sesi latihan? Hanya semasa pada majlis berlangsung, seorang pegawai kanan syarikat berkenaan memberitahu imej saya tidak bersesuaian dengan majlis tersebut sedangkan ada tetamu yang datang berhijab,” katanya.

Marinatasha berkata, pihak penganjur mengundang bekas peserta Akademi Fantasia ke lapan (AF8) iaitu Zafarina Jamhari (Farina) untuk menggantikannya pada persembahan malam itu. Katanya, walaupun bayaran penuh kepadanya dijelaskan, namun dia amat kecewa dengan insiden berkenaan.

“Saya tidak faham mengapa tidak dibenarkan membuat persembahan kerana imej saya bertudung sedangkan pengerusi syarikat itu yang turut hadir adalah orang Melayu. Malah beliau mahu saya membuat persembahan tetapi dihalang pihak pengurusan syarikat berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Freddie berkata, individu berkenaan patut mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Marinatash. Permohonan maaf itu boleh dilakukan menerusi kenyataan akhbar atau pun secara peribadi. Tambah Freddie, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara merdeka seperti Malaysia yang meraikan kelainan dan kepelbagaian agama, kepercayaan, kaum dan budaya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.