Macam-macam hal yang berlaku dalam industri hiburan negara kita. Baru sahaja meletop isu saman menyaman, timbul pula isu kawan makan kawan apabila penyanyi Salwa Razak baru sahaja menyedari bahawa cincin berlian yang dibeli dengan harga RM14,000 sebenarnya hanya bernilai kurang daripada RM1,000.

Penyanyi kena tipu – cincin rm900 disangka rm14,000? Awalnya, dia tidak menyangka boleh diperdaya rakan baik sendiri dalam urusniaga yang dijalankan beberapa tahun lalu. Katanya, perkara itu baru disedarinya baru-baru ini apabila dia menghantar cincin berkenaan untuk dibaiki akibat mengalami sedikit kerosakan.

“Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kedai emas bahawa cincin berkenaan sebenarnya hanya bernilai kira-kira RM900 dan segera mengunjungi beberapa kedai lain untuk memastikan kesahihan maklumat berkenaan,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Apa yang membuat dia terkejut, cincin tersebut hanya bernilai sekitar RM934, oleh khidmat penilaian sebuah syarikat emas terkemuka.

Berang dengan nilai itu, Salwa telah menghubungi rakannya. “Sebaik menjawab telefon, dia (rakan yang jual cincin) pula yang mempersoalkan tindakan saya membuat pemeriksaan di kedai emas dan bertanya sama ada saya ingin menjual cincin terbabit.

“Kemudian dia kata dulu saya yang beria sangat hendak sangat beli cincin tu,” tambahnya yang berbaik sangka kemungkinan rakannya itu turut ditipu oleh pihak ketiga yang merupakan pemilik asal cincin berkenaan.

penyanyi kena tipu

“Dari satu sudut saya juga bersalah kerana tidak membuat pengesahan ketika melakukan urusniaga dulu. Saya serah kepada Allah SWT dan berharap perkara ini jadi iktibar kepada semua agar sentiasa berhati-hati ketika membeli barang kemas walaupun dengan orang yang dikenali,” ujarnya yang masih berharap pihak terbabit dapat tampil untuk membuat penjelasan kepadanya sebelum dia mengambil tindakan lanjut. [myartis]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.