Penyokong Kelantan Dalam Perjalanan Ke Shah Alam Maut Kemalangan Di Raub | Seorang penyokong pasukan Kelantan maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki terbabas semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir pasukan itu menentang Angkatan Tentera Malaysia dalam kejadian di di Kilometer 328, Jalan Raub-Kuala Lipis di sini semalam.

Mangsa Muhamad Saiful Daud, 19, (gambar) yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian, manakala sepupunya, Mohd. Zulkarnain Mohd. Yusof, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai dalam perjalanan ke Shah Alam.

“Mangsa dipercayai terbabas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan di dalam beg mangsa ditemui bendera dan jersi skuad Kelantan. Sementara itu, di Kuala Krai, ibu Muhamad Saiful, Noraini Abd. Rahman, 43, berkata, mangsa sebelum ini tidak merancang menonton perlawanan akhir bola sepak tersebut di Shah Alam. (Kosmo Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : a[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.