Peluang Beraya Bersama Upin dan Ipin 2012 | Stesen TV9 bakal memilih seorang peminat bertuah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012 bersama karakter kembar popular, Upin dan Ipin. Peminat bertuah berkenaan akan dipilih berdasarkan satu peraduan yang akan dianjurkan oleh stesen tv berkenaan.

Peraduan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat ini memerlukan kanak-kanak untuk menghantar lukisan Upin & Ipin kepada TV9 dalam tempoh peraduan yang ditetapkan iaitu 6 hingga 16 Ogos 2012 manakala pemenang peraduan yang berlangsung dari  ini bakal menerima kunjungan Upin & Ipin pada minggu ketiga Aidilfitri untuk meraikan perayaan itu bersama-sama.

Pada adik-adik yang meminati Upin dan Ipin dan berhasrat untuk beraya bersama mereka boleh berusaha menghasilkan karya yang menarik. Semoga berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.