PERAK MAHU DAPATKAN SAFIQ RAHIM | Liga Super 2012 menjelang tiba. Kehangatannya makin terasa dengan kehadiran ‘pemain import’ dalam kancah Liga Malaysia. Mungkin peminat mahu melihat sejauh mana ‘kehebatan’ Liga Super 2012 dengan kehadiran pemain import ini.

Bagi pasukan Perak pula, fokus untuk mendapatkan pemain bintang tempatan juga adalah misi penting. Selain tonggak import, pemain tempatan yang berkualiti pastinya akan membantu pasukan untuk menjulang kejuaraan. Itulah yang menjadi harapan pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun apabila memaklumkan Perak masih menunggu jawapan daripada Safiq setelah surat tawaran diserahkan kepadanya dua minggu lalu.

Khairul Azwan yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, pihaknya juga bersedia berbincang dengan Safiq jika tawaran yang lalu kurang menarik. Selain Safiq, Pafa juga dila-porkan sedang memancing nama-nama besar daripada beberapa buah negeri untuk memperkukuhkan pasukan berkenaan bagi mengharungi musim akan datang. Sumber diolah dari : Kosmo!Online


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.