Perang Twitter Rita Rudaini dan Ayu Raudhah | Perang Twitter di antara Rita Rudaini dan Ayu Raudhah bersama suaminya Zaquan Adha ini bukan lagi perkara baru. Menjadikan laman sosial ini sebagai medium untuk menghentam antara satu sama lain, tulisan Rita Rudaini sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghentam Ayu Raudhah berhubung keguguran yang dialami oleh Ayu sebelum ini.

Jika sebelum ini, Rita menyelar tindakan adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah, yang sentiasa mencampuri urusan rumah tangganya, kini Rita Rudaini kembali ‘memanaskan’ alam maya apabila isu keguguran yang dialami oleh pelakon dan juga ‘birasnya’ itu, Ayu Raudhah, menjadi bahan baru pertengkaran mereka.

Menerusi laman sosial itu, Rita menganggap keguguran yang dialami oleh Ayu adalah balasan dari ALLAH SWT kepada pasangan itu kerana sering menjadi ‘batu api’ dalam keluarganya.

“Sekarang, baru dia rasai bagaimana perasaan orang mengandung yang terganggu. Itulah yang saya rasa sebelum ini. Dulu, dia suka ‘buat’ orang. Sekarang, dia terima balasan dari Tuhan. Walaupun ia tidak seteruk apa yang saya alami dulu, namun sebahagiannya tetap dirasai,” kata Rita yang sebelum ini pernah membongkar rahsia peribadi Zaquan di Twitter.

Tidak berdiam diri dengan sindiran Rita, suami Ayu, Zaquan mula membalas ‘tweet’ berkenaan dengan mengatakan Rita ‘meroyan’. Ayu menerusi sebuah akhbar, membuat pengakuan pernah mengalami keguguran pada Oktober tahun lalu ekoran kesibukan melampau. Kini, Ayu memilih untuk berehat dari menerima sebarang tawaran.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.