PERASMIAN LIMA LANGKAWI 2011 OLEH PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim (LIMA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini yang bermula hari ini hingga 10 Disember ini. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

sumber gambar | airport-suppliers.com

LIMA 2011 menyaksikan penyertaan 403 syarikat pempamer dari 56 negara termasuk 50 daripada 100 syarikat aerosangkasa dan maritim. Sebanyak 64 pesawat dan 59 kapal perang dipamerkan pada LIMA 2011. LIMA 2009 menarik penyertaan hampir 400 syarikat pertahanan, 60 negara serta 38,000 pelawat, 400 wartawan dan 210 delegasi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.