Beza isteri dan girlfriend? Apa yang bezanya? Pada kami di ammboi.com, isteri tu sah untuk seorang suami. Manakala girlfriend tu sepatutnya dah tak wujudlah bila sudah ada isteri.

Tapi tidak dinafikan masih ada mereka yang gatal untuk pasang girlfriend walaupun sudah beristeri. Jom baca ulasan yang mungkin dibuat oleh seorang suami ini mengenai perbezaan antara isteri dan girlfriend dibawah.

Ada benarnya apa yang beliau kongsikan. Semoga jadi pengajaran dan iktibar bersama….

Perbezaan antara isteri dan girlfriend pada pandangan seorang suami

Isteri macam tv, girlfriend macam handphone. Dirumah tengok tv, pergi keluar bawak handphone. Kadang-kadang seronok tengok tv, tapi selalunya masa banyak habis main handphone.

Tv percuma sepanjang hayat, tapi handphone kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta merta.

Tv saiznya besar, berat dan buruk, tapi Hp cute, comel, ramping dan banyak butang boleh picit dan boleh dibawa ke mana-mana pada bila-bila masa saja.

Kos penyelengaraan tv murah aje, lagipun jarang rosak, tapi Hp.. mak oii.. mahalnya selalu meragam plak tu.

HP bila kita bercakap dgn dia… dia jawab semula…. TV asyik nak kita dengar je dia cakap… Yang sadisnya Tv ada remote control, tapi Hp takde.

Cuma satu je kelebihan Tv, takde virus. Tapi Hp sekali kena virus habislah!

JADI.. JANGAN PENING KEPALA, SAYANGILAH TV ANDA

Baca.. amal dan sampaikan… Lagi satu dia lupa…screen tv besor ..pueh tgk !!!!

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND PADA PANDANGAN SEORANG SUAMI

sumber: copypaste..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.