Tindakan Azzuddin dikatakan tidak menyalahi Peraturan Artikel 88 Tatatertib FAM (2010-2014) dan berdasarkan jawatan beliau iaitu hanya Presiden dan Setiausaha Agung sahaja yang dibenarkan memberikan kenyataan kepada media. Namun berbeza pula dengan pertuduhan yang dikenakan kepada  dimana perbicaraannya akan diadakan 4 April 2012 ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Mohd. Taufik Abdul Razak berkata, keputusan mengenai kes Annuar hanya boleh diketahui pada 4 April 2012 depan selepas beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat yang pada mulanya ditetapkan Jumaat ini.

Menurutnya, Annuar yang didakwa melakukan dua kesalahan iaitu melanggar Peraturan Artikel 88 dan juga Perkara 4.5.8 (tidak meminta kebenaran FAM untuk memberikan kenyataan kepada media) telah menghantar surat rasmi kepada pihaknya berhubung ketidakhadiran beliau pada mesyuarat yang bakal diadakan Jumaat ini.

Ini kerana menurutnya, Annuar terlibat dengan satu program anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kota Bharu pada hari tersebut. Dalam surat berkenaan juga Annuar Musa telah mengemukakan Borang B iaitu tidak mengaku bersalah dalam kedua-dua dakwaan tersebut.

Namun kata beliau lagi, Jawatankuasa Tatatertib FAM,berhak meneruskan mesyuarat tanpa kehadiran Annuar. Namun, pihaknya bertolak ansur dan membuat keputusan untuk menangguhkan mesyuarat tersebut pada tarikh berkenaan. Ketika ditanya sama ada bukti yang dikemukakan Annuar sudah mencukupi untuk disabitkan dengan kesalahan, Mohd. Taufik begitupun enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberikan kenyataan sejurus mesyuarat itu selesai kelak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.