Pereka Fesyen Kecam Neelofa Kerana Biadap Dan Kurang Ajar? | Adoi, tak habis-habis lagi kontroversi membabitkan Neelofa ni. Isu demi isu keluar melibatkan dia. Namun isu kali ini nampaknya lagi teruk Neelofa kena. Memetik laporan Malaysia Digest dan murai.com.my, Neelofa, sekali lagi dihimpit kontroversi berikutan seorang pereka fesyen bernama Nurita Harith mendakwa Neelofa bersikap kurang ajar serta tidak profesional.

Pereka fesyen (Nurita Harith) tersebut menulis di laman Twitternya: “Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional“.

Difahamkan mereka bekerjasama selepas pereka fesyen itu menyediakan pakaian untuk Lofa yang menjadi pengacara bagi sebuah program wanita di sebuah stesen TV. Namun, tidak pasti pula apa sebenarnya yang berlaku sebenarnya sehinggakan pereka fesyen itu ‘naik angin’ dan sanggup meluahkan kata-kata tidak puas hati sebegitu. Jelas, pereka tersebut seperti dia sudah serik untuk bekerja dengan Neelofa.

Apapun, pasti Neelofa juga punya penjelasan tersendiri apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin ini hanya salah faham sahaja. Diharapkan Neelofa dan pereka fesyen itu dapat menyelesaikan hal ini secara baik dan tidak lah berpanjangan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.