Lepas satu-satu. Memang tak akan selesai perkara ini selagi Dato’ Seri Najib sendiri belum mengumumkannya. Pelbagai spekulasi dimainkan untuk mengelirukan penjawat awam khususnya. Dari 12 Mac, tarikh perhimpunan penjawat awam (Cuepacs) dikatakan berubah kepada 19 Mac 2012. Kini yang terbaru disebarkan adalah katanya tarikh perhimpunan ini dipercepatkan kepada 8 Mac 2012 (esok.. lusa.. tulat….).

Perhimpunan Penjawat Awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada :

  • Tarikh   : 8 Mac 2012
  • Masa      : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
  • Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hadir bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Jadi pada sesiapa yang rasa dah memang tak sabar nak tunggu berita tu, silalah hadirkan diri sendiri kesana pada tarikh dan masa yang berkenaan. Jangan pergi hari ini sudaaaa….

P/S : JANGAN TAK JADI PULAK SUDAH LA. PENING DAN AMMBOI NAK FOLLOW ISU SBPA NI.

P/S LAGI : ANDA RASA BERKEMUNGKINAN TAK PM UMUMKAN BERKENAAN ISU PENAMBAHBAIKAN SBPA PADA PERHIMPUNAN INI?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.