Perkahwinan Apek dan Leuniey Diharap Dapat Menutup Segala Kontroversi – Ibu Leuniey | Semua pasti sudah tahu penjagagol negara dan juga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan kekasihnya, Leuniey bakal bernikah pada bulan Disember nanti. Perkara itu telahpun diumumkan bapa Apek sebelum ini. Bagi pihak Leuniey pula, mereka cukup gembira dengan penyatuan pasangan berkenaan. Ibu Leuniey berharap, Apek dapat menjaga anaknya sebaiknya selepas mereka berkahwin.

“Saya harap Apek (Khairul Fahmi Che Mat) akan jaga anak saya dengan baik seperti dia menjaga gawang daripada dibolosi.” Itulah harapan Nor Laila Abu Bakar, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, terhadap penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi, 23 yang akan berkahwin dengan anak sulungnya itu yang dijadualkan pada Disember ini.

Nor Laila, 45, turut berharap perkahwinan itu nanti bakal menutup segala kontroversi yang memalit Khairul Fahmi selama ini.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.