Majlis perkahwinan Fasha Sandha dan jejaka pilihan hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) telah selamat diadakan dengan sebaiknya walaupun timbul beberapa spekulasi liar sepanjang hubungan antara keduanya. Namun masih ada khabar angin yang mengatakan ikatan antara Fasha dan Jejai tidak mendapat restu dari keluarga pihak lelaki. Betulke?

Namun demikian, Fasha Sandha enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu. Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.

Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April 2012 lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini. Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.

p/s : mungkin ada penjelasan lain dari pihak keluarga lelaki… atau?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.