Perkahwinan Tidak Akan Jejaskan Tumpuan Saya Pada Piala Suzuki AFF – Apek | Semalam, Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah mengumumkan akan bernikah dengan kekasihnya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau lebih dikenali sebagai Leuniey Natasha di kediaman Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada 28 Disember 2012 ini.

Sudah tentu pernikahan beliau itu sedikit membimbangkan peminat bolasepak negara kerana ketika itu pasukan negara dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF yang akan bermula pada 24 November 2012 sehingga 22 Disember 2012. Namun Apek menegaskan walaupun beliau dan skuad kebangsaan kini dalam peringkat persediaan terakhir sebelum misi mempertahankan Piala AFF Suzuki bermula Ahad ini, namum ia tidak akan menjejaskan fokusnya bersama skuad Harimau Malaya.

“Hari ini bila saya sudah umumkan tarikh perkahwinan, saya harap penyokong dan peminat akan memahami saya kerana fokus utama saya pada masa ini adalah bersama pasukan negara. Perkahwinan ini tidak akan jejaskan fokus saya bersama skuad kebangsaan kerana majlis akad nikah hanya akan berlangsung enam hari selepas Piala AFF Suzuki tamat ditambah persiapan perkahwinan saya banyak dibantu oleh keluarga saya dan keluarga Leuniey,” katanya selepas sidang media bagi mengumumkan rasmi tarikh perkahwinannya di Kuala Lumpur, semalam.

Apek turut memaklumkan beliau dan Leuniey memilih konsep ‘English Garden Style’ untuk majlis resepsi perkahwinannya di Hotel Royale Bintang, Damansara, di sini, pada 13 Januari 2013. Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember 2012 berkonsepkan ‘Melayu Kontemporari’ manakala persandingan sebelah lelaki pula diadakan di kediaman rasmi Khairul Fahmi di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.