Perkembangan Terkini Lahad Datu – Anggota Keselamatan Kita Berperang Dengan ‘Syaitan’? | Beberapa penemuan terbaru semakin membuktikan bahawa musuh yang ditangani oleh anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu bukan calang-calang hebatnya. Pengganas yang menggelarkan diri mereka Tentera Sultan Sulu itu mungkin memiliki ilmu hitam yang membuatkan mereka kebal.

Sememangnya sukar untuk kita mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik. Namun perkara itu diluahkan sendiri oleh anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian.

Dipetik dari laporan berkenaan, ramai antara anggota keselamatan kita berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap. Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

baju tentera sulu kebal

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah. Selain itu, penemuan bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami. Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning. Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu. Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.”

Selain itu, tugas anggota keselamatan kita mungkin makin sukar kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.

p/s: Kebal atau tidak, semoga anggota keselamatan kita jangan GENTAR!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.