Hasrat Malaysia menjadi tuan rumah saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia B-22 2013, 23 Jun hingga 3 Julai depan, berdepan kesukaran membabitkan masalah stadium serta jadual padat liga domestik. FAM bagaimanapun menyokong untuk menjadi tuan ruman bagi pusingan kelayakan berkenaan namun perlu mengkaji beberapa perkara sebelum membida.

Stadium Nasional Bukit Jalil pasti tidak dapat dijadikan venue kerana kerja-kerja baik pulih bumbungnya bermula April ini. Manakala Stadium Shah Alam atau Stadium MBPJ, Kelana Jaya pula berdepan jadual padat Liga Super sepanjang Jun dan Julai juga menjadi kekangan dan pasti memerlukan penangguhan.

Untuk makluman, Skuad B-21 negara kendalian Ong Kim Swee dijadual bertemu Korea Selatan pada 23 Jun 2012, Filipina (25 Jun 2012), Taiwan (28 Jun 2012), Vietnam (30 Jun 2012) dan Myanmar (3 Julai 2012) untuk merebut dua slot ke pusingan akhir, tahun depan.

JADUAL PERLAWANAN KELAYAKAN MALAYSIA

Malaysia vs Korea Selatan 23 Jun 2012

Malaysia vs Filipina 25 Jun 2012

Malaysia vs Taiwan 28 Jun 2012

Malaysia vs Vietnam 30 Jun 2012

Malaysia vs Myammar 3 Julai 2012

KEDUDUKAN KUMPULAN KELAYAKAN PIALA ASIA U22 2013

Kumpulan A | UAE, Iraq, Oman, India, Turkmenistan, dan Lebanon

Kumpulan B | Saudi Arabia, Syria, Pakistan, Palestin, Kyrgyzstan dan Sri Lanka

Kumpulan C | Bahrain, Iran, Tajikistan, Qatar, Kuwait dan Maldives

Kumpulan D | Uzbekistan, Jordan, Yaman, Bangladesh dan Nepal

Kumpulan E | Australia, Japan, Indonesia, Singapura, Macau dan Timor-Leste

Kumpulan F | Korea Utara, China PR, Thailand, Hong Kong, Laos dan Kemboja

Kumpulan G | Korea Selatan, Vietnam, Malaysia, Myanmar, Chinese Taipei dan Filipina


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.