PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS ARAB SAUDI 24 FEBRUARI 2012 | Malaysia bakal menerima ujian getir apabila menentang bekas juara Asia, Arab Saudi dalam siri persahabatan antarabangsa di Melbourne pada 24 Februari 2012 ini dalam usaha menilai prestasi terkini. Perkembangan itu disuarakan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang beranggapan ia turut akan memberi peluang kepada jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee yang bakal terbabit dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik dan bersaing di Liga Singapura, bulan depan.

Satu lagi perlawanan persahabatan adalah menentang Filipina di Manila pada 29 Februari 2012 ini. Rajagopal yakin mereka (Arab Saudi) begitu perlukan sekurang-kurangnya satu perlawanan persahabatan sebelum mereka bermain dengan Australia (29 Februari 2012) dalam kelayakan Piala Dunia. Rajagobal menambah ini masa untuk dia memberi peluang kepada muka baru menyertai pasukan negara dalam dua perlawanan persahabatan ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.