Sambutan terhadap Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) begitu memberangsangkan dengan lebih 100,000 permohonan diterima sehingga 21 Mac 2012 untuk menyertai skim tersebut sejak dilancarkan Januari lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehingga kini dimaklumkan bahawa 62,427 permohonan SARA 1Malaysia sudah diluluskan. Program SARA 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu 100,000 isi rumah berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan di negara ini terbabit dalam pelaburan untuk menjana pendapatan tambahan.

Program yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) itu memberi jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Maybank, CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional dipilih sebagai ejen ASNB kerana keempat-empat bank itu mempunyai rangkaian cawangan melebihi 1,300 buah seluruh negara. Jadi ia akan memudahkan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang saksama untuk menyertai skim ini dan membuat bayaran balik pinjaman kelak.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.