Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Mohon Maaf Pada Aaron Aziz | Setelah isu ini dibangkitkan oleh Aaron Aziz dalam dalam sosial miliknya, akhirnya Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) telah memohon maaf pada aktor berkenaan dan meminta Aaron Aziz hadir ke pejabat persatuan berkenaan untuk menyelesaikan isu itu. Ianya dinyatakan menerusi Presiden FDAM, Othman Hafsham, 72.

Jelas beliau lagi, FDAM juga akan memulangkan semula lebihan wang daripada pembayaran RM1,500 yang dibuat oleh pelakon Aaron Aziz untuk menjadi ahli persatuan itu selepas timbul salah faham berhubung taraf kerakyatannya di negara ini. Sepatutnya Aaron Aziz cuma perlu bayar RM300 kerana dia sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara ini dan yuran RM1,000 adalah untuk mereka yang bukan warganegara Malaysia.

Othman Hafsham dan Aaron Aziz

“Saya mewakili pihak FDAM memohon maaf atas kesilapan mengenai hal pembayaran yuran Aaron. Orang yang menjaga hal-hal itu mungkin tidak peka dengan status Aaron yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara ini. Diharap Aaron dapat hadir ke pejabat kami untuk menerima semula baki wang yuran berkenaan. Bagaimanapun, saya cuba menghubungi Aaron sejak pagi tadi (Rabu), tetapi tidak berjawab,” katanya yang dipetik dari laporan mStar Online.

Terdahulu, pihak FDAM mendakwa Aaron belum mendaftar sebagai ahli sewaktu memulakan pengarahannya sehingga menyebabkan pihak penguatkuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan FDAM menyerbu lokasi penggambaran filem itu pada 3 April lalu. Selain itu, Aaron juga terkilan apabila pihak FDAM tidak meneliti statusnya sebagai penduduk tetap negara ini selain menuduhnya sebagai pekerja asing yang tidak tahu peraturan selepas mendapat peluang mengarah filem Romeo Kota, terbitan Excellent Pictures tanpa menjadi ahli persatuan itu.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.