Seperti kita semua sedia maklum, keluarga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof sudah pun merisik pelakon Puteri Sarah Liyana dan mereka dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan pada Februari atau Mac ini. Boleh dikatakan ramai juga yang terkejut dengan berita merisik itu kerana boleh dikatakan ia agak tiba-tiba apatah lagi Syamsul mahupun Puteri Sarah sering menafikan gosip cinta antara mereka.

Apa yang ammboi tahu, Syamsul meminta keluarganya merisik Puteri Sarah selepas beliau menunaikan umrah baru-baru ini. Menurut ibunya, Syamsul memberitahu hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

syamsul yusof dan puteri sarah

Namun begitu, Syamsul sebenarnya seperti sudah lama bersedia untuk berumah tangga cuma mungkin dia hanya menunggu masa yang sesuai sahaja. Mana tidaknya, dalam usia 30 tahun, dia sudah pun mempunyai pelbagai aset, termasuklah baru saja membeli sebuah rumah bernilai lebih RM1 juta di satu lokasi mewah di Kuala Lumpur.

Memetik laporan media tempatan hari ini, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, iaitu Datuk Yusof Haslam. Yusof Haslam yang pada awalnya enggan mengulas mengenai perkara itu kerana menganggap ia urusan keluarga namun mengalah selepas difahamkan media sukar untuk mendapatkan komen Syamsul. Beliau kemudian tidak menafikan, beberapa persediaan sudah dilakukan oleh anaknya itu sebelum melalui fasa baru kehidupan bergelar suami.

“Tentang rumah itu, lebih baik tanya kepada dia sendirilah. Bagaimanapun, pada saya tidak salah kalau dia mahu ada aset sendiri, rumah dan kereta sendiri untuk masa depannya. Sebelum berkeluarga sendiri, dia sudah ada itu semua, jadi itu akan memberi manafaat kepada dirinya dan bakal isteri, serta anak-anak mereka kelak,” kata Yusof.

Ujarnya lagi, Syamsul selama ini telah bekerja keras dan tidak salah jika ingin menghargai diri sendiri dengan memiliki rumah kediaman mengikut keupayaannya.

p/s: Baguslah tu, langkah yang baik..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.