Personaliti TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan | Personaliti TV3 yang dikenali menerusi rancangan Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan dari stesen TV itu. Dipetik daripada portal MH Online pada Khamis, Nurul Syuhada sudah menghantar notis perletakan jawatannya yang dipercayai akan berkuatkuasa bermula hujung bulan ini.

Namun tidak dapat dipastikan, tindakan ini disebabkan oleh kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini atau sebaliknya. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya dalam satu program secara langsung yang menyifatkan Bintulu, Sarawak sebagai sebuah daerah daif.

Nurul Syuhada bagaimanapun bersikap profesional dengan mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas apa yang berlaku melalui akaun Twitter miliknya. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.