Bandar Utama, September 25, 2012 – Pertandingan pertama Mencari Mr. Cool Antabax 2012 berlangsung dengan jayanya apabila 10 peserta akhir bertanding dengan memperagakan bakat dan kemahiran terbaik mereka dalam usaha memikat hati panel juri yang diketuai oleh penyanyi dan pelakon popular negara , Ziana Zain.

Acara tersebut, yang telah berlangsung di Pusat Membeli-Belah 1Utama, hari ini, turut menyaksikan penyampaian cek bernilai RM22,000 daripada Antabax kepada Watsons Smile Foundation yang akan diagihkan kepada Rumah Kebajikan Al Munirah, Rumah Keluarga Kami dan Promise Home.

Sambutan Pertandingan Mencari Mr Cool Antabax 2012

Pertandingan Mencari Mr. Cool Antabax 2012 telah diadakan bersempena dengan pelancaran rangkaian penjagaan antibakteria pertama Antabax khusus untuk kaum lelaki, yang dinamakan Cool. Pencarian ini telah berlangsung selama satu bulan melalui fanpage Facebook Antabax dan juga melalui siri jelajah 10 kolej di Lembah Klang dan telah menerima lebih 530 penyertaan daripada para peminat yang aktif mengundi jejaka ‘Cool’ pilihan mereka.

Kriteria penghakiman dan para juri

Antabax presents the winners of Antabax Mr. Cool 2012; (From L-R): Mr. Wesley Yap, first runner-up Antabax Mr. Cool Search 2012, En. Kashmer Mulihan,the winner of Antabax Mr. Cool Search 2012 and En. Mohd Ikram, second runner-up Antabax Mr. Cool Search 2012

Pencarian bakat ini, yang menawarkan hadiah wang tunai berserta hadiah lain bernilai RM10,000, mengandungi 3 segmen iaitu ‘catwalk’, bakat dan sesi temubual dengan para peserta akhir yang telah diadili berdasarkan kepada bakat, kepetahan mereka ketika ditemubual, gaya yang ditunjukkan dan ekspresi diri yang mereka tampilkan.

Juri yang mengadili para peserta akhir tersebut diketuai oleh Ziana Zain, dibantu oleh Cik Caryn Loh, Pengarah Barangan & Perancang Ruangan, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn Bhd serta En. Robin Loh, Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Saluran dan Perniagaan Baru, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd dan Cik Angeline Sim, Pengurus Kumpulan Produk, Bahagian Penjagaan Isirumah dan Penjagaan Diri Lam Soon Edible Oils. Sdn Bhd.

Mencari Mr. Cool Antabax 2012

Ziana Zain , Antabax Brand Ambassador

Menurut Cik Angeline Sim, Antabax sedang mencari jejaka Malaysia yang mempamerkan personaliti yang sihat, cergas, sentiasa segar dan hebat untuk rangkaian Cool mereka.

“Kami mencari jejaka yang mempunyai personaliti, bakat dan faktor ‘X’ yang membuatkan jejaka diminati oleh para wanita, selain menjadikan kaum lelaki lain mahu menjadi sepertinya. Jejaka tersebut perlulah sihat dan cergas, segar dan fasih berbual serta mempunyai bakat yang menarik yang membuatkan dia menonjol berbanding yang lain,” kata Cik Sim.

Sebelum memperkenalkan rangkaian Cool ini, produk-produk Antabax direka khas untuk memberikan perlindungan antibakteria kepada keluarga, kaum wanita dan kanak-kanak tanpa ada satu pun produk direka khas untuk kaum lelaki.

“Kami membangunkan Antabax Cool secara spesifik untuk memberikan perlindungan antibakteria yang diperlukan oleh para jejaka termasuklah yang sangat aktif. Sensasi dingin daripada Antabax Cool dan aroma pudina yang menyegarkan adalah amat baik dalam cuaca negara kita yang panas dan lembap ini. Aroma tersebut menyegarkan tanpa berbau terlampau kelelakian yang akan mencerminkan keyakinan si pemakainya berkenaan kejantanan mereka,” terang Cik Sim.

“Jejaka terhangat memilih Antabax Cool agar dunia mampu menerima mereka tanpa perlu terbakar,” Cik Sim berjenaka.

Raja bagi Cool …Antabax Mr Cool 2012 adalah:

Kashmer Mulihan, the winner of Mr. Cool Search 2012 showing his unique talent, fire eating

Kashmer Bin Mulihan, seorang pelajar telah dinamakan sebagai pemenang Antabax Mr. Cool 2012 dan menerima wang tunai sebanyak RM3,000, mata Watsons CRM bernilai RM300 serta hamper produk.

“Terima kasih kepada Antabax kerana memilih saya sebagai pemenang pertandingan Antabax Mr. Cool Search 2012. Saya telah menyertai pertandingan mencari bakat yang lain sebelum tapi pertandingan kali ini adalah yang paling mencabar bagi saya. Semua para peserta adalah sangat hebat dari segi bakat dan ‘cool’ mereka. Saya sangat gembira atas kemenangan ini.” Kata Kashmer.

“Saya telah bertukar kepada Antabax untuk beberapa ketika sekarang. Saya sangat menyukainya terutama sekali setelah pengenalan satu rangkaian terbaru – Antabax Cool. Ia menghindarkan diri saya daripada bakteria. Saya merasa sangat bersih dengan Antabax “ tambah beliau.

Apabila ditanya mengenai rahsia dalam menjadi ‘cool’, Kasmer menjawab “ Berfikiran positif, itulah kunci untuk menjadi ‘cool’.”

Pemenang tempat kedua pula dimenangi Wesley Yap, perancang media yang menerima wang tunai sebanyak RM2,000, mata Watsons CRM bernilai RM200 serta hamper produk, manakala pemenang tempat ketiga, Mohd Ikram, pelatih persendirian membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000, baucar daripada Watsons bernilai RM100 dan hamper produk.

Ketua juri , Ziana Zain, turut memuji kesemua para peserta akhir dengan mengatakan bahawa di samping mempunyai paras rupa yang menarik, mereka semua mempunyai personaliti yang menawan dan bakat yang hebat.

“Kami mempunyai sekumpulan peserta akhir dengan pelbagai personaliti yang menampilkan bakat, keyakinan berbeza dan fasih berbual tetapi 3 pemenang teratas berjaya menonjolkan personaliti mereka berbanding peserta yang lain. Mereka mewakili Antabax Cool dengan sangat baik dan kami berdepan dengan pilihan yang sangat rumit untuk memilih Raja sebenar Cool, Kashmer Mulihan,” Pn Ziana Zain berkata.

Kempen Komuniti Antabax ‘ Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ Membantu Watsons Smile Foundation.

Ms Low Siew Hui, CSR Ambassador of Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn Bhd receiving the contribution from Mr. Robin Loh, General Manager, Channel & New Business of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd. The total contribution RM22,000 generated from the Give Hope, Receive Health with Antabax campaign is on-going until end of September 2012.

Acara ini menunjukkan bahawa ianya adalah baik untuk menolong orang yang kurang bernasib baik melalui kempen ‘ Harapan Diberi, Kehidupan Sihat Dirai’ Antabax yang menyaksikan sebanyak 10 peratus jualan daripada kesemua rangkaian produk Antabax melalui lebih daripada 250 cawangan Watsons di seluruh negara didermakan kepada Watsons Smile Foundation untuk meringankan beban tiga rumah kebajikan kanak-kanak iaitu Rumah Kebajikan Al-Munirah, Rumah Keluarga Kami dan Promise Home.

Kempen tersebut setakat hari ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM22,000 dan dipercayai mampu mencapai sasaran RM30,000 pada penghujung bulan September.

“Kami sangat gembira apabila Antabax berkerjasama dengan kami dalam memberi sokongan kepada rumah-rumah kebajikan ini dengan menyumbangkan 10% hasil jualan kesemua produk yang dijual menerusi cawangan Watsons di seluruh negara bermula Julai hingga 30 September 2012 kepada rumah-rumah kebajikan ini. Watsons berbangga dapat menjadi rakan kongsi bersama Antabax bagi pertandingan pencarian Mr. Cool Antabax 2012 ini dan dalam program amal kebajikan ini. Terdapat feel good factor dalam kerjasama yang dijalankan ini.” kata Cik Caryn Loh, Pengarah Barangan & Perancang Ruangan, Watsons Personal Care Stores (Malaysia) Sdn Bhd.

Senarai Pemenang Mr Cool Antabax 2012

Kedudukan Nama Hadiah
Pertama

 

Kashmer Bin Mulihan

 

RM3,000 + produk hamper + RM300 baucar Watsons
Kedua

 

Wesley Yap

 

RM2,000 + produk hamper + RM200 baucar Watsons
Ketiga Mohd Ikram

 

RM1,000 + produk hamper + RM100 baucar Watsons
Saguhati

 

Mohd Noor Azreen Bin Mohammad

 

RM200 produk hamper
Saguhati

 

Mohd Farid Bin Zulkifli RM200 produk hamper
Saguhati

 

Lawrence Lee RM200 produk hamper
Saguhati

 

Muhammad Najmuddin Bin Md Rosli RM200 produk hamper
Saguhati

 

Yohanathan Kumaran

 

RM200 produk hamper
Saguhati

 

Tan Keat Mun

 

RM200 produk hamper
Saguhati

 

Eddie Wooi RM200 produk hamper

Senarai Pemenang

Kedudukan

Nama

Hadiah

Pertama

Kashmer Bin Mulihan

RM3,000 + produk hamper + RM300 baucar Watsons

Kedua

Wesley Yap

RM2,000 + produk hamper + RM200 baucar Watsons

Ketiga

Mohd Ikram

RM1,000 + produk hamper + RM100 baucar Watsons

Saguhati

Mohd Noor Azreen Bin Mohammad

RM200 produk hamper

Saguhati

Mohd Farid Bin Zulkifli

RM200 produk hamper

Saguhati

Lawrence Lee

RM200 produk hamper

Saguhati

Muhammad Najmuddin Bin Md Rosli

RM200 produk hamper

Saguhati

Yohanathan Kumaran

RM200 produk hamper

Saguhati

Tan Keat Mun

RM200 produk hamper

Saguhati

Eddie Wooi

RM200 produk hamper


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.