Berdasarkan sumber berita sehingga jam 8.00 malam tadi, pasangan suami isteri iaitu Suhaimi Awang dan isterinya Nur Hayati Sulong, kedua-dua berusia 37 tahun, yang hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob masih belum dijumpai.

Pesanan terakhir pasangan suami isteri hilang bot terbalik di Kemaman – Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.

Katanya lagi, operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika keadaan air tidak begitu deras, pihaknya akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar.

Dalam pada itu menurut ahli keluarga pasangan suami isteri ini, mereka (mangsa) ada menghantar pesanan ringkas terakhir beserta gambar yang menyatakan mereka sudah selamat menaiki bot.

“Alhamdulillah kami selamat menaiki bot.”

PESANAN TERAKHIR PASANGAN SUAMI ISTERI HILANG BOT TERBALIK DI KEMAMAN

Menurut keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar, 51, kira-kira 1.05 tengah hari, Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata sebaik menerima pesanan itu, mereka sekeluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.

“Bagaimanapun tidak sampai sejam, saya terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan,” katanya.

Wan Zahari berkata Suhaimi bersama keluarganya sudah dua hari berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga. Mereka sekeluarga berharap agar pasangan ini dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Sama-sama kita doakan agar usaha pasukan penyelamat dipermudahkan. Selain itu, doakan juga akan keselamatan dan pasangan suami isteri berkenaan ditemui dalam keadaan selamat. Insya Allah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.