Pesara Kerajaan Maut Kena Sengat Ikan Pari | Seorang nelayan meninggal dunia selepas koma selama dua hari apabila terkena sengat ikan pari pada tangan kanannya ketika hendak mengeluarkan haiwan tersebut yang tersangkut pada jaring Sabtu lalu. Pesara tentera, Rashid Arshad, 55, disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini semalam.

Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Rashidah Ali, 48, memberitahu, kejadian berlaku pada pukul 5 pagi Sabtu lalu apabila suaminya turun ke laut dan memasang sebanyak 60 jaring untuk menangkap ikan bersama seorang rakan sejam sebelum itu.

Katanya, semasa menarik dua jaring terakhir, suaminya cuba mengeluarkan seekor ikan pari yang tersangkut namun tanpa diduga, tangan kanan suaminya telah terkena sengat. (Sumber Kosmo)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.