Pesawat EgyptAir MS804 hilang dari radar! Pesawat milik syarikat penerbangan Mesir, EgyptAir dilapor hilang daripada radar sebelum memasuki ruang angkasa negara itu ketika dalam penerbangan dari Paris ke Kaherah.

Menurut sumber info, pesawat EgyptAir penerbangan MS804 berlepas dari Paris pada jam 11.09 malam waktu tempatan (2109 GMT), menuju Kaherah.

PESAWAT EGYPTAIR MS804 HILANG DARI RADAR

“Sumber rasmi di EGYPTAIR menyatakan Penerbangan MS804 yang berlepas dari Paris pada jam 23.09 menuju ke Kaherah hilang dari radar,” kenyataan syarikat penerbangan berkenaan di laman Twitternya.

Menurut laporan CNN pula, pesawat itu membawa 59 penumpang dan 10 kru. Pesawat terbabit dikatakan terbang pada ketinggian 11,280 meter, hilang kira-kira 130 kilometer sebelum ia memasuki ruang udara Mesir.

Menurut flightradar24.com, kedudukan terakhir pesawat Airbus A320 itu di radar ialah di ruang udara Laut Mediterranean.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.