Peterpan Akan Tukar Nama, Logo Selepas Pembebasan Ariel | Nama Peterpan dijangka hanya akan tinggal sejarah kerana kumpulan itu dijangka akan merombak segenap aspek mengenai mereka termasuklah nama, logo dan susunan muzik. Keputusan itu dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurut penjelasan Ibu Acin (Pemilik label Musica selaku syarikat rakaman kumpulan Peterpan), material album terbaru Ariel dan rakan-rakannya itu sudah siap sepenuhnya, tapi terpaksa diubah bunyinya kerana ada lagu-lagunya sudah terbocor kepada umum. Setakat ini, mereka ada dua lagu baru. Konsepnya masih sama, cuma adunan dan mastering lagu sahaja berubah.

Wanita tersebut turut mengakui dia amat bersyukur dengan pembebasan Ariel. Katanya, dia berharap Ariel dan rakan-rakannya akan beroleh kejayaan sama ada dalam aspek kerjaya mahu pun peribadi. Beliau berdoa dan berharap agar Peterpan dapat meneruskan karier dan peribadi dengan jayanya selepas ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.