Nampaknya musim Liga Malaysia 2014 bakal bertambah rancak. Selain urusan pembelian dan perpindahan pemain yang dijangka bernilai besar, pasukan dalam Liga-M turut bakal menerima ‘kunjungan’ penaja yang mahu menaja pasukan mereka. Kalau sebelum ini kelab atau persatuan bolasepak di Malaysia banyak mengharapkan geran dari FAM dan juga bantuan kerajaan negeri, mungkin impak peningkatan Liga-M sudah berjaya menarik perhatian ramai penaja swasta.

Antaranya pasukan Kelantan yang dikenali dengan jolokan The Red Warriors (TRW) dikhabarkan bakal menerima penajaan dari syarikat minyak gergasi negara, Petronas. Berdasarkan sumber yang ammboi terima, Petronas bakal menjadi penaja UTAMA Kelantan bagi musim 2014.

petronas dan kelantan kafa

Memetik laporan Kelate.net, khabar angin mengenai penajaan Petronas mula disebut-sebut menjadi penaja utama TRW musim hadapan lantaran syarikat tersebut dikatakan mengeluarkan pelekat kereta (sticker) yang memaparkan gambar pemain-pemain TRW. Sticker kereta Petronas Primax yang berserta logo Petronas itu dikatakan menampilkan pemain pasukan TRW dan diedarkan kepada mereka yang mengisi minyak di stesen-stesen tertentu.

Sejauh mana kebenaran tersebut nyata, ia masih belum dipastikan lagi bagaimanapun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa pada satu kenyataan difacebooknya sebelum ini mengakui penaja-penaja TRW sudah ada, cuma hanya menunggu masa untuk mengumumkannya.

p/s: Sama-sama kita nantikan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.