Pierre Andre Dan Nur Hidayah (Yaya) Sah Bernikah Jun Ini | Pierre Andre atau nama penuhnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada bulan lalu, namun ianya dapat dihidu pihak media. Tidak mahu berselindung lagi, Pierre Andre memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Jun ini.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim,25, atau Yaya pada bulan Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami. Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan. Kami akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan dibuat kemudian dan belum ditetapkan lagi bila tarikhnya. Saya memang mahu buat perkara yang wajib dahulu iaitu akad nikah dan resepsinya kemudian. Mungkin pada hujung tahun,” jelas Pierre Andre dalam laporan murai.com.my.

pierre andre dan yaya

Dalam laporan berkenaan, Pierre Andre turut berkongsi cerita bagaimana dia dengan tunangnya, Yaya berkenalan. Malah, dia turut menceritakan sifat peribadi tunangnya itu yang telah berjaya menarik perhatiannya sehingga dia membuat keputusan untuk menjadikan Yaya suri di hatinya.

“Usia perkenalan kami sudah setahun lebih dan kami mulai rapat semenjak raya tahun lalu. Kami mula berkenal-kenalan di dalam laman Facebook. Lebih kurang cinta muka buku juga la kiranya saya dan Yaya ni. Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka menghabiskan masa di rumah. Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,”ceritanya mengenai tunangnya yang juga seorang model sambilan.

Tahniah kepada Pierre Andre dan semoga segalanya berjalan lancar.

p/s: Tak apalah asalkan berkenan dihati…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.