Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) – Parlimen Bubar Automatik Pada 30 April 2013 | Ramai yang sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihanraya. Ada yang mahukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan lebih awal agar boleh merancang cuti dan sebagainya. Oleh itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai tarikh sebenar pilihanraya akan diadakan. Ada yang berkata Parlimen sudah bubar awal Mac lalu. Ada pula yang kata Parlimen akan bubar secara automatik pada 28 April 2013 ini.

Dibawah ammboi kongsikan penjelasan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan tarikh sebenar pembubaran Parlimen secara automatik dan info berkenaan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Ianya dipetik dari laporan BH Online.

Menjelang-PRU-13

Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April seperti diuar-uarkan sebelum ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilangsungkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun PRU, dikira berdasarkan tarikh sidang pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya berlangsung, bukan tarikh pilihan raya umum diadakan dan pengiraan berkenaan sudah disahkan penasihat undang-undang suruhanjaya berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Negeri Sembilan akan menjadi negeri pertama yang Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik iaitu 27 Mac ini jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum itu. Ramai termasuk pemimpin politik tidak sedar perkara ini hingga buat andaian Parlimen sepatutnya terbubar sendiri 9 Mac lalu. Sidang pertama Dewan Rakyat selepas PRU-12 ialah 28 April 2008, tetapi disebabkan 28 April 2013 jatuh pada Ahad, ia dibawa kepada 29 April dan Parlimen bubar secara automatik 30 April 2013.

Sehingga 30 April 2013 itu, Perdana Menteri masih berhak bersuara dan segala keputusan kerajaan adalah sah, malah apabila Parlimen dibubarkan, kerajaan sedia ada bertindak selaku kerajaan sementara dan Perdana Menteri boleh membuat keputusan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong.

Ok, harap semua jelas mengenai tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan info mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tak perlulah nak reka cerita dan tokok-tambah lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.