Playstation 4 (PS4) Dijual Pada Harga AS$399 (RM1,255) | Wah, tidak sabar rasanya menantikan kemunculan konsol generasi baru keluaran Sony, Playstation 4 (PS4). Menurut sumber berita, Playstation 4 (PS4) akan mula dipasarkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada hujung tahun ini dengan harga AS$399 (RM1,255). Di Malaysia mungkin pada 2014 la kot.

Untuk makluman anda, Sony telah memperkenalkan konsol Playstation 4 (PS4) baru sehari sebelum bermulanya expo permainan video terunggul, E3 semalam. Presiden Sony Computer Entertainment Andrew House berkata, walaupun konsol permainan video generasi baru direka untuk masa depan, ia masih berdasarkan model sebelum ini iaitu Playstation 3.

Andrew House

PS4 akan dilancar dengan tawaran perkhidmatan muzik dan filem Sony yang lebih hebat bagi membolehkan Sony mengembangkan PS4 sebagai pusat hiburan unggul di rumah selain berpegang teguh kepada kumpulan tegar pemain videonya. Lebih 140 permainan video sedang dihasilkan untuk PS4 dan sekurangnya 100 permainan video akan dikeluarkan pada tahun selepas konsol ini dilancar.

Harga di Malaysia? Oh, masih belum dapat dipastikan lagi. Jika di ++ semua, mungkin cecah RM2k juga kot.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.