Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan pesawat tidak dikenali yang dikesan radar utama adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sambil berkata ia telah menyimpang dari laluan penerbangan asal menuju ke Beijing dan hilang sejak Sabtu lepas.

“Hari ini berdasarkan data satelit belum diproses, yang diperoleh dari penyedia perkhidmatan data satelit, kita boleh sahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama itu adalah Penerbangan MH370,” katanya.

MH20timeline1

Berikutan perkembangan itu, Malaysia dan rakan sejawat antarabangsanya memutuskan bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan satelit kemungkinan dalam satu daripada dua koridor. Dua koridor yang berkemungkinan itu adalah satu koridor utara yang dianggarkan menjangkau dari sempadan Kazakhtstan dan Turkmenistan sehingga utara Thailand atau koridor selatan yang dianggarkan menganjur dari Indonesia ke utara Lautan Hindi.

“Pasukan siasatan sedang berusaha untuk memperhalusi maklumat itu,” katanya.

MH20timeline

Walaupun terdapat laporan media mengenai kemungkinan pesawat itu dirampas, Najib menegaskan bahawa pihak berkuasa masih menyiasat semua kemungkinan sehingga kepada apa yang menyebabkan Penerbangan MH370 tersasar dari laluan penerbangan asalnya. – BERNAMA


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.