Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan nama baharu tempatan bagi pasangan panda gergasi jantan Fu Wa dan betina Feng Yi yang dipinjamkan oleh kerajaan China. Fu Wa kini diberi nama Xing Xing yang bermaksud makmur manakala Feng Yi pula dinamakan Liang Liang yang membawa maksud cantik.

Najib berkata, kedua-dua nama tersebut dipilih berdasarkan 2,000 cadangan nama diperoleh menerusi ‘Pertandingan Menamakan Pasangan Giant Panda’ anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dua tahun lalu. Menurutnya, pasangan panda itu perlu diberi dengan nama yang lebih menggambarkan identiti tempatan bagi menarik minat orang ramai menyaksikan haiwan itu dan mengunjungi Zoo Negara.

“Walaupun kita mengetahui pasangan panda berkenaan telah mempunyai nama dari China, namun kita tetap bercadang untuk memberi nama Malaysia disebabkan mereka akan berada di sini untuk tempoh 10 tahun. Selepas ini, saya harap kedua-dua panda berkenaan tidak keliru kerana mereka kini mempunyai dua nama dari China dan Malaysia,” seloroh Najib.

Pasangan panda gergasi yang menjadi simbol hubungan diplomatik 40 tahun antara Malaysia dan China itu tiba di negara ini pada 21 Mei lalu dan akan berada di sini untuk sedekad menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi. Melalui program perjanjian ditandatangani pada 2012 itu, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

panda malaysia china xing xing liang liang

Kedua-dua haiwan masing-masing berusia tujuh tahun itu dikuarantin kira-kira sebulan di tempat khas yang siap dibina di Zoo Negara. Mengenai pembinaan pusat konservasi panda gergasi itu yang menelan belanja RM25 juta, Najib berkata, ia wajar memandangkan jumlah perdagangan antara Malaysia dan China yang berjumlah AS$200 juta pada 1974 meningkat kepada lebih AS$106 bilion tahun lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.