Poland dan Greece terikat 1-1 dalam pertemuan yang penuh dengan drama dan kontroversi. Drama dan kontroversi melibatkan layangan dua kad merah termasuk ke atas penjaga gol Poland sendiri. Greece yang mempertikaikan keputusan pengadil apabila tidak memberi tendangan penalti pada separuh masa pertama, gagal menyempurnakan sepakan penalti di separuh masa kedua.

Pengadil dari Sepanyol, yang dilihat ‘bias’ kepada Greece di separuh masa pertama, melayangkan dua kad merah masing-masing satu kepada pasukan Poland dan Greece, sekali gus mencemarkan perlawanan sulung kejohanan Euro 2012. Gol pertama kejohanan dan bagi pasukan Poland dijaringkan oleh Robert Lewandowski pada minit ke-17. Greece menyamakan kedudukan di awal separuh masa kedua, iaitu pada minit ke-51, menerusi Dimitris Salpingidis, yang dibawa masuk pada separuh masa kedua.

Rusia menampilkan aksi garang apabila mengatasi Republik Czech 4-1 dengan menjaringkan dua gol pada babak pertama, dalam perlawanan Kumpulan A, yang berlangsung di Stadium Perbandaran Wroclaw. Pemain tengah Rusia, Alan Dzagoev memecah kebuntuan menewaskan penjaga gawang Czech, Petr Cech pada minit ke-15.

Selepas itu, pemain berjersi nombor enam, Roman Shirokov meledak gol kedua dengan menguis masuk hantaran cantik daripada Jaroslav Plasil melepasi benteng Czech pada minit ke-24. Czech memperoleh gol pertamanya menerusi Vaclav Pilar pada minit ke-54. Gol ketiga Rusia dijaringkan oleh Alan Dzagoev pada minit ke-79 manakala yang seterusnya oleh Roman Pavlyuchenko empat minit kemudian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.