Polis Bebaskan Pelajar Tunjuk Punggung Pada Malam Ambang Merdeka | Polis malam tadi telah membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan petang semalam berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis. Pihaknya dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang pihaknya ada. Katanya lagi, polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera “baharu” Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.