Baru-baru ini kecoh dengan isu remaja berusia 13 tahun jadi janda apabila diceraikan bekas suaminya dengan talak tiga walau tidak sampai setahun bernikah. Lebih mengejutkan, pendedahan dari bapa remaja perempuan berkenaan beliau memberitahu anaknya telah dirogol oleh beberapa remaja lain dan bekas suami anaknya dan keluarganya telah membuat laporan polis pada tahun lepas. Bagaimanapun keluarga pihak lelaki telah membuat rayuan agar menarik semula kes dan bersetuju untuk menikahkan mereka.

Ramai yang berharap agar kes berkenaan dibuka semua termasuklah satu persatuan peguam dimana pada pandangan mereka, remaja perempuan itu telah dianiaya dan pernikahan itu semata-mata untuk menutup kes dan kemudian dia diceraikan dengan talak tiga.

Memetik laporan Sinar Harian, Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya polis mengumpul semula bukti berkaitan kes seorang remaja berumur 14 tahun (umur sekarang) yang dikatakan berkahwin selepas diperkosa, dalam tempoh seminggu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata dalam satu sidang media di pejabatnya, jika bukti yang dikumpulkan tidak mencukupi, kes ini tidak akan dibuka.

Beliau juga berkata pihaknya akan menggunakan bukti yang diperoleh semasa kertas siasatan tersebut dibuka pertama kali tahun lepas, selain akan memanggil semula individu berkaitan untuk merekod percakapan. Katanya keputusan dibuat ekoran gesaan orang awam yang prihatin dengan kes itu. Abdul Gani berkata antara individu yang akan dipanggil ialah mangsa, ayah mangsa, ibu saudara mangsa, doktor yang memeriksa mangsa serta dua suspek termasuk bekas suami mangsa.

nor fazira dan mohd fahmi

Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin. Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim. Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012.Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik.

p/s: Harap pihak polis siasat kes ini dengan sebaiknya dan mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman atas perlakuan mereka.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.