Suspek utama kes rompakan dan bunuh di pegawai bank Ambank cawangan Subang Jaya sudah ditahan dan beliau kini direman untuk siasatan. Susulan daripada itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai ‘Joemar‘ yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu. Ini kerana polis tidak menemui wang rompakan pada suspek selain hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini.

Memetik laporan Bernama, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama. Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan. Pihak polis juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu

polis buru rakan suspek joemar

Tan Sri Khalid Abu Bakar juga berkata polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia. Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara. Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Oktober 2013 lalu.

joemar

Wajah rakan suspek kes bunuh, JOEMAR (jika salah orang sila maklum, ini info yang disebarkan menerusi media sosial sekarang)

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia.  Serentak dengan itu, polis juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidak boleh diakses oleh peranti biometrik. Sehingga semalam, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

p/s: Joemar oh Joemar, dimana kau Joemar… Mohon PDRM sebar gambar Joemar pula…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.