Polis dedah punca ibu kelar bayi di Kok Lanas! Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dikelar ibunya dalam kejadian di Kok Lanas kira- kira jam 2.45 petang tadi. Mangsa adalah anak ketiga dalam keluarga itu ditemui maut di ruang tamu rumah di sebuah kuarters perumahan tentera.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah dipercayai keluar ke kedai. Katanya, dua adik beradik mangsa yang lain berjaya melarikan diri apabila melihat perbuatan itu dan kejadian tersebut disedari jiran mereka.

Assalamualaikum YBhg Panglima.

Laporan Awal Kes Kematian Anak Anggota 7 Skn RAJD

Isteri kepada 1139179 Kpl Jiri Jaidin (Fadilah bt Mohd Zain) telah mengelar anaknya berumur lebih kurang 3 bulan (Nor Alisa Sofia bt Jiri) pada lebih kurang 041350H Feb 17. Perkara ini telah dimaklumkan kepada 8 KPTD untuk tindakan selanjutnya. Laporan ke balai polis kok lanas sedang dibuat oleh Sjn Mohamad (7 Skn RAJD)

Laporan penuh akan menyusul kemudian.

Sekian untuk makluman YBhg Panglima.

“Bayi tersebut dikelar di leher kiri dengan pisau pemotong sayur di atas tilam di ruang tamu rumah. Kita percaya suspek menghadapi gangguan emosi dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Mayat bayi akan di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat,” katanya dipetik laporan Sinar Harian Online.

UPDATE – myMetro – Mayat bayi berusia dua bulan yang maut dipercayai dikelar ibu sendiri tiba di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) jam 6.42 petang, tadi.

Ketibaan jenazah Nur Areesa Sofea diiringi tiga anggota forensik daripada Ibu Pejabat Kontinjen Kota Bharu dan juga saudara terdekatnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.