Kecoh juga semalam dengan berita, seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita, kedua-duanya bogel di dalam sebuah kereta dalam premis perniagaan di Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Siber, malam kelmarin.

Berdasarkan MyKad, mangsa lelaki dikenali sebagai Loke Yoke Kim, 58, seorang ahli perniagaan, manakala mangsa wanita, Yan Wai Leng, 51. Kedua-dua mayat ditemui selepas wanita itu mengambil keputusan ke premis perniagaan milik suaminya itu sekitar jam 9 malam dan melihat kepulan asap keluar dari premis itu.

isteri temui mayat bogel suami bersama kekasih dalam kereta

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, sebelum itu isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas tidak pulang ke rumah sejak enam petang Khamis lalu. Isteri mangsa membuat laporan polis jam 7.55 petang berikutnya sebelum mencari mangsa di sekitar bandar raya ini, termasuk di pejabat suaminya. Menurut isteri mangsa, sejurus sampai di premis berkenaan, dia melihat asap keluar dari premis terbabit dan menemui kereta jenis Proton Wira milik suaminya dalam keadaan enjinnya masih hidup dengan penyaman udara terpasang. Katanya lagi, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan bogel dan kemudian memaklumkan kepada polis. Kedua-dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia apabila polis sampai ke tempat kejadian. Beliau juga berkata, polis sedang siasat sama ada ia mempunyai unsur jenayah atau tidak. Siasatan awal pihaknya dapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan kita menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut turut menemui sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara milik wanita itu yang diletakkan berhampiran premis kedai berkenaan,” katanya. Menurutnya, mangsa wanita seorang ibu tunggal dipercayai mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, yang dihubungi media semalam berkata bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati mengejut. Bedah siasat mendapati pasangan itu meninggal berpunca daripada keracunan karbon dioksida. Sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis ujian toksicology. Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing untuk upacara pengebumian.

“Laporan bedah siasat oleh Dr Ikraq Zhafirin mendapati punca kematian pasangan rakyat tempatan ini adalah keracunan gas karbon monoksida. Tiada kesan pergelutan atau unsur jenayah didapati pada tubuh atau sekitar lokasi mayat mangsa ditemui. Mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing. Bagaimanapun, sampel darah kedua-dua mangsa akan dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk analisis ujian toksicology, Isnin ini,” katanya.

p/s: Punca kematian kerana keracunan karbon dioksida. Selebihnya kena tunggu laporan daripada Jabatan Kimia pula…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.