Musim Liga Malaysia 2014 baru sahaja bermula. Namun awal musim sudah cukup panas dan mendebarkan. Apatah lagi dalam saingan pusingan kedua Piala FA 2014 dimana ada kekecohan di Larkin dimana pertemuan Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team terpaksa ditangguhkan.

Akibat kekecohan berkenaan, T-Team akhirnya enggan meneruskan aksi di separuh masa kedua. T-Team mendakwa pemain importnya Evaldo Rodrigues dan Fabio Flor serta Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa. Ketika itu T-Team yang ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama mendakwa mereka tidak dapat meneruskan perlawanan atas faktor keselamatan.

jdt vs t-team

Menerusi laporan media semalam, polis Terengganu menerima empat laporan daripada pasukan bola sepak T-Team berhubung insiden kekecohan perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor. Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak pengurusan, dua pemain import serta jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu antara pukul 9 malam dan 12.30 tengah malam tadi. Jelasnya dalam laporan itu, pihak polis akan menyiasat dan akan memanggil serta merakamkan percakapan saksi-saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

PEGAWAI DAN PEMAIN T-TEAM DEDAH PUNCA ENGGAN TERUSKAN PERMAINAN?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.