Johan As’ari antara pelakon yang begitu sarat dengan kontroversi. Boleh dikatakan beliau antara pelakon lelaki yang cukup popular dan sering dikaitkan dengan beberapa artis wanita. Mereka termasuklah Shila Amzah dan juga Lana Nordin.

Bagaimanapun hari ini ammboi bukannya nak ceritakan kontroversi Johan, cuma ammboi nak berkongsi kenyataan dari Johan berhubung dia menyatakan menerusi sumber media bahawa dia menerima taufik dan hidayah Allah yang memintanya bertaubat.

Johan As’ari sudah bertaubat? Johan memaklumkan kerana populariti telah buatkan dirinya sehingga terlupa untuk bersembahyang dan berzikir. Johan As’ari bagaimanapun menyatakan dia telah sedar yang dirinya telah terpesong jauh daripada jalan yang lurus. Kini Johan sudah taubat. Menangisi dan menyesali perbuatan lampaunya. Kata Johan menerusi mStar Online:

“Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon. Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya.”

johan as'ari bertaubat

“Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya. Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula. Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar.”

Selepas membaca kenyataan Johan, nampaknya beliau benar-benar sudah berubah. Syukur Alhamdulillah, semoga niat Johan untuk berubah itu dipermudahkan Nya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.